Wednesday 16 May 2012

Sayang Kamu, Birthday Girl ( ! )

In the name of Allah
the most Gracious
and the most Merciful~

Dear Munifah Baba,
Saya bagaikan sudah terasa hari ini 17 Mei. Tertinggal tarikh 16 Mei. Entah kenapa tarikh tu menghantui saya. Bukan sengaja nak lupakan birthday awak, tapi 17 Mei lagi tak dapat lupakan apabila awak akan mendaftar ke UPM (.") Terasa berat hati nak berpisah dengan kawan-kawan. Mungkin selama ini memang kita ada jarak pada alam realiti tetapi di alam maya tiada jarak kan (?) So, masih terasa dekat. Senang bercerita sana-sini. Apabila awak melangkah ke alam universiti, automatically ingatan awak pada saya akan kurang =.=' 

Bagaimana saya boleh berkata sedemikian (?) Masing-masing akan struggle dalam bidang masing-masing. Kita sama-sama berada di tangga yang sama. Manakan tidak, bukan minat kita untuk mempelajari bidang sains ini. Mungkin awak lebih seronok kalau dapat law memandangkan awak hot stuff pada sejarah, tetapi Allah hadiahkan awak sains pertanian kerana Allah tahu itu yang terbaik (: Dan awak kenal saya kan (?) Suka kepada sesuatu yang mencabar. Even saya tak minat subject sains, saya minat kedoktoran (!) Kalau boleh, nak jadi doktor tanpa belajar ilmu sains (: bukan doktor bawah jambatan* heeew~ However, Allah hadiahkan saya kos pergigian. Seingat saya, tak pernah saya jaja cerita dengan kawan-kawan yang saya nak jadi doktor gigi kan (?) Tapi lepas saya terima banyak feedback yang kata beruntunglah dapat dental, saya baru faham, ramai kaum hawa bercita-cita nak jadi dentist. Ya Allah, terlalu banyak hadiah yang Allah berikan <3


Awak,
Bermula dari tingkatan empat kita berada di dorm yang sama, kelas yang sama, tempat duduk yang sama, banyak suka duka kita kongsi bersama. Memahami awak sangatlah perit bagi saya. Mungkin kerana saya serious orangnya dan tak boleh adapt dengan suasana kanak-kanak riang (: Macam-macam salah faham antara kita berlaku. Thats why waktu tingkatan lima saya dah tak mampu berada di sisi awak dalam kelas kerana saya tak sanggup jadi GARANG lagi (!) senyum* Tapi alhamdulillah, saat-saat akhir hari persekolahan kita dapat bersama. Walaupun awak ada aimi di sisi, saya tetap rasa selesa. Sebab saya sedar saya bukan contoh teladan yang terbaik bab-bab sahsiah ni (: Kalau tak kenal awak, mungkin saya tak belajar erti kehidupan kanak-kanak riang <3


Budak comel,
Masih teringat sambutan birthday saya waktu form 4, awak terlalu banyak kejutan buat saya (!) Saya terharu, tapi saya tak tahu bagaimana nak tunjukkan keterharuan saya tu. Saya nak kiss awak tapi tak boleh. tipu* Banyak benda saya belajar dengan awak. Terlalu banyak. Mungkin satu masa nanti jalan hidup saya bersama awak akan menghasilkan sebuah novel cerita kanak-kanak mahupun novel remaja (: Dan saya pasti awak akan suka sepertimana awak suka pada Ain Maisarah (!) heeew. perasan* Dan hari ini saya nak mengaku yang saya terima pendapat awak, suka dan cinta adalah dua perkara berbeza. Itu sahaja. haha :D Beria saya kaji idea awak tahu (!)

Saya sedar karangan saya ini tidak mengikut kronologi. Idea yang datang terus mengarahkan jejari menaip. Tapi saya dapat rasakan, hanya awak yang faham surat ini dan A+ untuk saya (!) perasan lagi* Saya cuma nak pesan dekat awak, belajar di UPM nanti, jangan main-main dah. Jangan ulang kesilapan kita belajar last minutes cam SPM (: Result SPM kita dah baik dengan belajar last minutes, tapi kalau kita belajar early minutes mesti gempak kan (?) So, kita belajar daripada pengalaman bukan kesilapan, right (?) Semoga teknik kita belajar bersama di saat akhir sedikit sebanyak membantu kita belajar dengan smart dari awal lepas ni (: Saya yakin awak boleh perform (!) Dunia U bukan dunia sekolah. Result SPM hanya tiket untuk kita menuju ke mana bukan tiket kita grad dengan cemerlang di universiti. So, ingat pesan saya "thank Allah for what you have, for what you need believe Allah." tulis dekat kertas tampal dalam bilik nanti*


Saudari,
Sanah helwah (: Jaga diri, jaga iman, jaga hati. Saya doakan yang terbaik buat awak yang dikasihi <3 Maafkan tindak tanduk saya yang tidak disenangi awak selama ini. Sesungguhnya saya adalah manusia yang masih belajar. Ingat saya dala  doa awak. Semoga sujud tahajjud sentiasa menghubungkan kita :'( 


Salam rindu,
SALIMI ISMAIL

.:: I am a simple human strive for success and also strive for ISLAM ::.

1 comment:

Aqilah Ahmad said...

waaa..muni masuk upm esok ke??
sedihnyaa..aku lagilah asyik gaduh ngan die je..ni rase nak buat entry untuk die jugak nih :((