Monday 16 January 2012

Cerpen: Persahabatan kerana Allah

Tanggal 31 November 2011 merupakan tarikh keramat yang sangat bermakna buat calon-calon SPM aliran Sains Tulen. Sementara pelajar yang mengambil matapelajaran tambahan Bahasa Arab dan Pendidikan Al-Quran dan As-sunnah seperti Farah juga sudah berada di zon selesa. Hati semakin tenang dan hanya senyuman yang terukir di bibir. Farah sudah tidak memikirkan kertas-kertas Kimia dan Biologi yang baginya agak sukar untuk dijawab. Kini, dia hanya bertawakkal kepada Allah. Semoga dengan pergantungan dia kepada Allah, menjadikan dirinya lebih dikasihi Allah.

Setelah selesai menunaikan solat asar, kaki melangkah dengan penuh yakin ke dorm yg berada di aras empat. Difikirkan cara untuk meraikan kemenangan menamatkan kertas peperiksaan Biologi. Kegembiraan tidak dapat ditonjolkan sepenuhnya memandangkan teman seperjuangan aliran Akaun masih belum selesai peperiksaan mereka. Dikhuatiri termakan hati dengan kegembiraan itu, Farah terus membaringkan dirinya di atas katil. Di samping dapat mengawal kegembiraan hatinya, dapat juga berehat memandangkan kepalanya sakit akibat belajar pada waktu-waktu akhir. Direnung ke siling memuhasabah kembali ke mana telah dibuangkan masa yang diperuntukkan untuk mengulangkaji Kimia dan Biologi  dalam tempoh seminggu itu. Farah terlena dalam saat mengelamun.

Jam menunjukkan pukul 6 petang. Farah terjaga lalu beristighfar. Terasa ruginya tidur selepas asar. Namun dia tidak menyalahkan dirinya kerana dia telah memberikan hak untuk jasmaninya berehat setelah meminjamnya untuk membuat bacaan pecutan akhir hingga lewat malam dan disambung dengan bacaan pada awal pagi seawal 3.30 pagi.

Setelah selesai mandi, Farah tidak lupa untuk mengambil wuduk. Sudah menjadi runtinnya sentiasa dalam keadaan berwuduk sejak Tingkatan Dua lagi. Kisah teladan yang dibawa oleh ustazah Pendidikan Islamnya sentiasa menjadi pedomannya. Diceritakan betapa mudahnya guru itu melakukan sesuatu pekerjaan dalam keadaan berwuduk sehinggalah Allah mengurniakan rezeki yang melimpah ruah. Dibuat kesimpulan sendiri oleh Farah, wuduk mempunyai kuasa tersendiri. Memang pada awalnya bukanlah mudah untuk menambahkan amalan baik ini, namun dipaksa juga kerana difikirkan hatinya akan tenang dengan berwuduk. Pernah juga dia terbaca berwuduk dapat menambahkan kecomelan diri luar dan dalam.

Dicari-cari telefon bimbit yang entah di mana diletakkan. Niat di hati hendak menelefon uminya untuk memberi khabar dirinya kini. Dikhuatiri uminya bimbang tentang kesihatannya yang tidak stabil sejak minggu pertama peperiksaan bermula. Satu mesej masuk.

Selamat hari persahabatan sedunia.

Farah mencampakkan telefon bimbitnya setelah menyedari mesej itu daripada Haikal, rakan seperjuangan di sekolah lama. Mesej itu mematikan moodnya. Farah sengaja mencari sahabatnya untuk mendapatkan kekuatan. Tidak ingin lagi diulangi kesilapannya dahulu. Di hatinya terus merungut.

Alahai lelaki. Asal bila dah habis exam baru nak contact. Waktu exam bukan main susah nak contact. Bila tengah bosan, baru cari kawan balik.

Dilepaskan geram kepada kaum adam. Itulah realiti persahabatannya dengan lelaki. Farah yang lebih suka berkawan dengan lelaki selama ini sudah mula berasa bosan. Mungkin kerana persahabatan yang terjalin dengan sahabat-sahabatnya kini membuatkan dirinya lebih dihargai. Tiada putus asa dalam diri sahabat-sahabatnya membimbing Farah ke jalan kebaikan. Farah lebih sukakan situasi ini. Teguran dan nasihat daripada sahabat membuatkan dirinya terasa lebih dihargai. Inilah yang dikatakan persahabatan kerana Allah, keindahannya hanya dapat dirasai oleh rohani.

“Farah, lelaki ni kalau dia sayang kita sangat mustahil untuk dia kacau kita. Sebab lelaki tahu perempuan suka dimanja. Kalau dia kacau kita maksudnya dia telah ambik kesempatan dengan kita sedangkan dia bukan yang halal buat kita.”

Teringat nasihat sahabat yang sabar mendidiknya.

“Lelaki dengan perempuan tak boleh berkawan. Sebab, akan ada salah seorang yang rasa lain. Kalau kau tak suka dia Farah, dia suka kau!”

Farah akur dengan nasihat sahabatnya. Dia sedar ada makhluk Allah yang ketiga yang menjadi perantaraan perhubungan lelaki dan perempuan. Makhluk ini sudah berjanji dengan pencipta untuk sesatkan manusia.

Iblis berkata: " Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya. kecuali hambaMu yang terpilih
(QS Surah al-Hijr,15: 39-40)

……………………………………………………………………………………………………………………
Masa semakin pantas berlalu. Peperiksaan Bahasa Arab Tinggi telah selesai ditempuh. Farah yakin dengan bantuan Allah ketika dia menjawab ilmu yang melibatkan Bahasa Syurga ini. Baginya BAT bermaksud Bahasa Al-Quran Teragung. Kegagalannya memperoleh A dalam peperiksaan percubaan bagi matapelajaran ini semakin menaikkan semangatnya mandalami ilmu yang tinggi darjatnya ini.

Hanya tinggal seminggu lagi untuk menjalani kehidupan sebagai seorang pelajar. Farah semakin gembira kerana semakin hampir hari untuk bertemu dengan buah hatinya. Wajah ahli keluarga yang sudah hampir dua bulan bermain dalam mimpi, dirindui setiap saat. Sudah banyak air mata mengalir kerana rindunya kepada keluarga. Kata-kata motivasi tidak putus-putus dirungutkan dalam hatinya.

“Sabar Farah, Allah suka orang-orang sabar. Jangan risau, doa umi abah sentiasa mengiringi kau!”

Dalam kesibukan Farah menguruskan jamuan kelas sedikit sebanyak mengganggu jadual belajarnya. Namun dia yakin, jika dia mempermudahkan urusan orang lain, Allah akan mempermudahkan urusannya. Kesihatannya semakin terganggu. Ubat yang diberikan doktor hampir habis. Farah hanya mengambil ubat apabila sakitnya parah. Terasa malas untuk berjumpa doktor lagi. Bersiap ke hospital, menunggu warden, menunggu giliran,, membuatkan Farah berfikir hanya membuang masa. Lebih banyak hal penting yang perlu dilakukannya.

“Engkau lah jenis yang menyumbang kepada peningkatan kes penyakit kronik. Dah tahu sakit, malas jumpa doktor!”

Farah hanya tergelak kecil apabila teringatkan celoteh sahabatnya.
………………………………………………………………………………………………………………
“Farah”

Nur datang menghampiri katil Farah sambil tersenyum-senyum.

Farah membalas senyuman dan tahu kelibat Nur seakan-akan ada sesuatu yang menggembirakan untuk dikongsi. Hanya memberi isyarat untuk Nur duduk di katilnya.

Nur membisikkan sesuatu di cuping telinga Farah. Namun kurang didengar Farah. Pendengaran farah memang kurang jelas apabila berbisik. Kekurangan Farah itu tidak dianggap kecacatan bagi Farah, namun dianggap sebagai hadiah Allah supaya dirinya terhindar daripada perbuatan berbisik yang akan menyakiti hati orang lain.

“Tak jelaslah, cuba cakap kuat sikit”

Nur seakan keluh-kesah hendak bercakap dengan nada yang lebih tinggi. Farah menarik Nur ke hujung katil. Tahulah Nur untuk menaikkan sedikit nada suaranya.

“Lelaki yang dulu aku cerita dekat kau mesej aku balik”

Farah kaku seketika, memikirkan kembali siapa gerangan yang dimaksudkan.

“Oh, budak tu. Tapi dulu kau cakap dia dah suka orang lain”

“Erm, itu yang aku confius sekarang. Dulu dengar-dengar dia suka budak baik tu. Tapi sekarang tiba-tiba dia mesej aku”

“Alahai, budak perempuan tu yang perasan kot. Entah-entah laki tu sengaja nak test perempuan tu kot. Tapi dia stay suka kau”

“Tak mungkin lah, sebab budak perempuan tu baik sangat-sangat ala-ala BADAR”

“Ish, try kau tanye budak laki tu cerita sebenar. Tak adelah salah paham dah”

“Erm, nanti aku tanye”

Farah hanya mengekalkan senyuman. Di mindanya terdetik, kalau perempuan tu baik mesti tak jadi gosip ni. Farah kembali beristighfar. Terasa berdosa berfikiran buruk tentang kaum hawa yang dikatakan baik. Mungkin sahaja kawan lelaki itu yang mengada-adakan cerita. Biasalah, hobi budak laki zaman sekarang.

Nur kembali ke katil meninggalkan Farah. Diselak kembali buku Al-Quran dan As-Sunnah untuk ditelaah. Farah mula tidak senang duduk. Terasa bersalah menggalakkan sahabatnya melakukan kemungkaran. Mungkin suatu ketika dahulu, mereka boleh berkongsi cerita cinta mereka. Memberi kata-kata semangat untuk kekal setia. Kini Farah terasa bersalah. Allah memberikannya petunjuk tetapi hanya membiarkan diri sahabatnya terumbang ambing.

Pen ligat bermain di tangannya. Diambil kertas lalu dituliskan warkah buat sahabatnya itu.
………………………………………………………………………………………………….....................
In the name of Allah the most Gracious and the most Merciful,

Ke hadapan sahabat yang dikasihi,
                Yeah, I know you are happy now~ Buah hati lama datang kembali lah katekan. Huhu :) Hope dapat maafkan aku andai surat aku ni mematikan perasaan gembira kau.
                Aku tahu kita sama-sama suka disayangi dan suka dikasihi. Tapi kita kene hati-hati Nur. Mungkin ini surat pertama dan terakhir aku untuk kau sepanjang belajar dekat sini. So, menjadi tanggungjawab aku untuk sama-sama bawak kau ke arah kebaikan. Aku takut ditanya Allah kenapa biarkan kau sorang-sorang dengan dunia kau.
                Alhamdulillah, sekarang aku dah berjaya lupakan budak sekolah lama aku yang aku pernah cerita dekat kau. Memang bukan mudah lupakan dia, tapi aku paksa diri aku lupakan jugak. Aku rasa sia-sia ingat dekat dia. Aku ingat lagi nasihat kawan dorm aku, kalau kita sayangkan seseorang, jangan kacau dia sebab itu bermakna kita kacau iman dia. Bila kita kacau iman dia, kita jauhkan dia daripada Allah. Means, kita jauhkan dia daripada syurga. Itu sayang ke maksudnya?
                Aku ada kawan dengan seorang laki ni. Memang rapat sangat. Aku tak anggap dia lebih-lebih pun tapi tiba-tiba dia mintak couple. Serious, terus aku tak balas mesej dia. Sebab aku tahu couple tu maksiat! Rase menyesal tu teramat sangat lah sebab mungkin bagi harapan palsu dekat dia sampai aku tak sedar. Betullah, apa yang member aku cakap, laki pompuan tak boleh kawan rapat. Mesti ade yang sangkut gak. So, sejak tu aku dah tak mesej laki dah. Yeah, mungkin itu cara Allah sampaikan sesuatu kebenaran untuk aku.
                So, aku harap kau fikir-fikirlah apa yang kau nak buat lepas ni. Same-same kita jage maruah kita okay! Insya-Allah, akan ada pengakhiran yang baik. Mujahadah itu memang pahit, tapi syurga itu manis :) May Allah bless us~
…………………………………………………………………………………………………..

Dilipat surat dengan lafaz bismillah. Cuak kelihatan wajah Farah, khuatir akan merosakkan persahabatnya dengan Nur. Khuatir juga akan dikatan macam ustazah. Tapi, sudah menjadi tanggungjawab sebagai sahabat. Berdoa moga-moga surat itu dapat melembutkan dan menghidupkan hati Nur.

surah Yasin(36:70) :
agar dia (Muhammad) memberi peringatan kpd orang2 y hidup (hatinya) dan agar pasti ketetapan (azab)terhadap orang-orang kafir.

Farah mengemas buku-buku PQS dan bangkit menuju ke katil Nur. Tiada di katil. Ditanya kepada sahabat di sekitar katil, tiada seorang pun yang tahu. Alahai, beginilah suasana peperiksaan. Khusyuk mengulangkaji semuanya. Ditinggalkan surat di atas katil Nur.

Terus menuju ke bilik air untuk mengambil wuduk. Terasa lebih tenang. Dilihat Nur sedang mentelaah di bilik study. Farah berlari anak ke dorm untuk mengambil kembali surat di atas katil Nur. Lalu menuju ke bilik study, gaya ala-ala mengganggu Nur dan ingin menggembirakan Nur terlebih dahulu. Lalu dihulurkan surat. Farah sengaja menyuruh Nur membacanya di hadapannya sendiri. Berharap gurauan itu dapat mencuit hati Nur. Nur tergelak kecil dan merayu untuk Farah meninggalkannya bersendiri. Farah hanya akur dan kembali ke dorm. Masih bergetar rasanya hati kecil ini. Surat pertama mengajak sahabatnya ke arah kebaikan.

Surah Fussilat(41:33)
"Dan siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah dan mengerjakan
kebajikan dan berkata,"Sesunguhnya aku termasuk dalam orang muslim (yang berserah diri)?"

notakaki:dikurniakan sahabat bukan untuk memuji-muji tetapi untuk membimbing ke jalan yang benar. berterima kasihlah buat sahabat-sahabat yang menegur kita kerana mereka sangat menyayangi kita.



.:: I am a simple human strive for success and also strive for ISLAM ::.

No comments: