Showing posts with label tazkirah~. Show all posts
Showing posts with label tazkirah~. Show all posts

Saturday 11 February 2012

Contest I Love Hijab by Nliyate

In the name of Allah
the most Gracious
and the most Merciful~

I want to talk about hijab~
okay reader,
apa itu hijab sebenarnya?
hijab itu tudung kah?
hijab itu sesuatu yg cover bahagian kepala kita kah?
andai kita guna towel utk tutup aurat kita bahagian kepala~
dipanggil hijabkah?
thinking (.")
okay, 
berbincang lagi better kan (.")-(".)






kenapa anda bertudung?

semua orang mempunyai alasan sendiri~
tetapi,
ini pandangan saya kenapa mesti saya bertudung~

saya memilih bertudung~
kerana saya merupakan seorang muslimah (:
apa itu muslimah?
muslimah itu wanita Islam :)
Sudah menjadi tanggungjawab seorang muslimah
 untuk berhijab
sepertimana disebut dalam surah An-Nur ayat ke 31~

sudah menjadi kewajipan umat Islam
mempercayai Rukun Iman kan?
Kepercayaan kepada kitab Allah
adalah salah satu daripada Rukum Iman, right?
wajarlah bagi saya
menjalani kehidupan berlandaskan al-Quran
yang merupakan mukjizat teragung.

cuba reader cek surah ke 57 ayat ke 9~
anda akan jumpa seperti ini:


"Dialah yang menurunkan ayat-ayat yang terang (alQuran) kepada hambaNya (Muhammad) untuk
mengeluarkan kamu dari kegelapan kepada cahaya. Dan sungguh terhadap kamu Allah Maha Penyantun, Maha Penyayang."

Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?
Kesimpulannya,
saya memilih untuk berhijab kerana
Allah menyayangi saya
dan
Islam cara hidup saya.


bertudung buat aktiviti anda terbatas?
saya tidak merasai lagi saat sukar
yang menyebabkan saya berasa
berhijab membataskan aktiviti saya.

mungkin kerana suasana sekolah saya yang penuh dengan tarbiyah,
menyebabkan kem anjuran persatuan luar~
menghormati kami yang terikat dengan peraturan menutup aurat sepanjang masa.

perjalanan hidup masih jauh~
ujian Allah masih berliku (:
Perancangan Allah penuh dengan rahsia~
hanya mengharap selalu dalam redha-Nya.


perjalanan beribu batu bermula dengan langkah pertama,
mujahadah sepahit hempedu bermula dengan niat yang satu (:


notakaki:
sesi perkongsian ilmu kali ini~
disertakan dengan niat memasuki
contest I Love Hijab~
semoga memberi manfaat bersama (".)
( klik sini untuk join )
saya nak tag sahabat seperjuangan saya~
najah zakaria

syukran~

.:: I am a simple human strive for success and also strive for ISLAM ::.

Revision: Inna Haza Min Fadli Rabbi

In the name of Allah
the most Gracious
and the most Merciful~

perkongsian kali ini ringkas sahaja~
mungkin kerana tengah patah hati sebentar,
mencari kekuatan dengan membuat perkongsian ilmu.
moga2 dapat membahagiakn hati saya (".)

biasa dipuji anda cantik / hensem?
biasa dipuji anda pandai / hebat?

biasa dipuji anda budak baik?
biasa dipuji tulisan anda cantik?

biasa dipuji lukisan anda menarik?
biasa dipuji karya anda menarik?

kesimpulannya,
anda biasa dipuji?
ceh, macam tak ada motif panjang berjela.
tapi,
tajuk entry pun revision kan?
(.")(".)

kalau kita dipuji~
kita akan jawab apa?
'mana ada, biasa2 saja~'
psst, sepatutnya kita lebih berhati-hati dengan pujian.
pujian itu racun sebenarnya.

oleh itu,
untuk lebih berhati-hati~
kita boleh jawab
'inna haza min fadl rabbi'
langkah ini akan membuatkan kita ingat~
segala kelebihan ini milik Allah sahaja (:

sesungguhnya ini adalah daripada keredhaan Allah (:

thanks to my reader~
muhaz
kerana telah mengingatkan saya tentang ucapan ringkas ini~

( sila baca dari bawah )


notakaki: 
masih mencari kekuatan dalam mencari kebenaran.

syukran~

.:: I am a simple human strive for success and also strive for ISLAM ::.

Friday 10 February 2012

Jom Kurangkan Tayangan Gambar Peribadi

In the name of Allah
the most Gracious
and the most Merciful~

khas buat blogger2 muslimah~
muslimah itu perempuan alim erk?
eh, bukan lah~
muslimah itu kaum hawa beragama Islam (:
kaum adam tak boleh baca?
just take a note~
mungkin boleh berkongsi pendapat juga.

mungkin ada sesetengah blogger2 baru tak sedar~
gambar2 yg kita upload di blog
akan mudah disearch di google.
maka?
gambar itu boleh diterjah oleh manusia seluruh dunia (:

oleh itu wahai blogger2 muslimah
yg cantik dikurniakan Allah dgn keindahan berpakaian menutup aurat~
why not kita privatekan sedikit gambar2 kita~
kenapa mesti private?
pada pendapat saya~
gambar muslimah mahal nilainya.
mungkin lebih mahal jika kita simpan secara peribadi kan?
kenapa mesti ditayangkan?

( hak milik senyom design sudio )
btw,
pernah terbaca di sebuah blog yg mengatakan~
menayangkan gambar org lain yg tidak menutup aurat sepenuhnya~
boleh membawa kepada berdosa atas dasar membuka keaiban org lain.
kalau tayang gambar kita yg tak tutup aurat sepenuhnya?
renung-renungkan (:

notakaki:
saya suka membaca entry blog yg meluahkan pendapat.
tapi,
bukan diari hidup seharian (:

syukran~

.:: I am a simple human strive for success and also strive for ISLAM ::.

Thursday 9 February 2012

Revision: Uhibbuki Fillah

In the name of Allah
the most Gracious
and the most Merciful~


entry ini khas buat diri sendiri~
sebagai peringatan
apabila lupa satu hari nanti (:
pada masa yg sama,
ingin berkongsi ilmu yg saya peroleh drpd bumi wakafan (:

ucapan uhibbuki fillah
kami diajar utk ucapkan kpd sahabat2 kami
setiap kali selepas solat berjemaah.
solat berjemaah masa bila?
setiap masa (:
subuh, zohor, asar, maghrib dan isya'.

apa maksud uhibbuki fillah?


inilah maksudnya,
saya menyayangimu kerana Allah.
cuba anda bayangkan betapa hebatnya makna ini.
bayangkan doa ini kami lafazkan 5 kali sehari~
sepanjang ukhuwah kami 2 tahun,
berapa banyak lafaz bermakna ini bermain di bibir kami?

bagaimana cara hendak membalas doa ini?


min ajlihi wa ahbabtani (:
pada masa yg sama,
kami akan cakap minta maaf.
no sorry2 k!
jarang kami guna perkataan 'sorry'
kerana kata senior,
nilai maaf lagi tinggi keikhlasannya drpd sorry.
akur~.~

apa maksud min ajlihi wa ahbabtani?


banyak sebenarnya pandangan yg saya dapat ttg maksud ini~
ada yg kata kerana Allah, kamu berkasih sayang.
kesimpulannya di sini,
'saya mencintaimu kerana Allah' 

sweet kan persahabatan kerana Allah.
yang leka diperingati~
tidak sanggup melihat sahabat tercampak ke landasan yg salah.
inilah step utk mendapatkan kemanisan iman.
"bersahabatlah dengan orang2 yg soleh"


syukran~

.:: I am a simple human strive for success and also strive for ISLAM ::.

Siaran TV Kini Menggugat Status Remaja Islam

In the name of Allah
the most Gracious
and the most Merciful~

amaran:
jangan baca entry ini
jika tajuk entry ini menyakitkan jiwa anda.

entry kali ini~
khas buat lepasan SPM yg sedang menghitung hari~
menunggu keputusan peperiksaan
yg akan diumumkan 22 Mac.
namun,
umumnya buat semua remaja Islam.


petikan komen ini adalah hak milik hamba Allah~
yg banyak menyedarkan saya.

akhir-akhir ini~
timbul kembali isu kahwin muda
seperti zaman dulu kala.
terlalu kerap!
lebih menarik lagi~
kahwin di alam universiti.

siaran televisyen Malaysia juga,
lebih gemar menayangkan cerita~
yg berunsurkan cinta.
mungkin ada sesetengah pihak yg menonton siaran tv utk mencari pengajaran,
dan jangan lupa~
manusia ini pelbagai rupa~
ada juga pihak yg menonton siaran tv utk mencari keseronokan.

mungkin utk memperingati pelajar sekolah agama~
especially yg menerima tarbiyah Islamiah di asrama.
jangan terpengaruh dengan kemanisan dunia luar ini!
muhasabah balik tahap iman kita~
nilai sesuatu menggunakan akal kurniaan Allah,
bukan menggunakan hati yg berbolak-balik.
mungkin lupa~

"Katakanlah, 'Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan seluruh alam.'"
[al-An'am, 6:162]


siapa yg teringin nak kahwin awal?
penyelesaiannya mudah sahaja~
minta petunjuk drpd Allah.
janganlah pasang angan2 kosong sahaja!
upgrade iman anda utk bimbing pasangan.
belajar ilmu rumah tangga.
hargai ibu bapa anda juga!

jangan leka dengan angan-angan kita!
bimbang akan dikuasai nafsu.
Allah itu Maha Perancang.

( hak milik senyom design studio )
notakaki: 
jangan pernah lupa utk membaca ayat cinta Allah ( al-Quran ) setiap hari.
moga2 Allah sentiasa melindungi kita~
dan menarik kita ke landasan yg benar semula.

syukran~

.:: I am a simple human strive for success and also strive for ISLAM ::.

Tuesday 7 February 2012

Bukan Itu yang Aku Pinta~

In the name of Allah
the most Gracious
and the most Merciful~

diciptakan manusia utk saling memperingati~
kalau tiada yg melakukan silap,
pastinya tiada pihak mendapat ganjaran pahala menasihati kan.
no wonder lah,
Allah jadikan manusia pelbagai kerenah.
Maha Agung Allah menciptakan alam ini.


I need to admit~
gambar manis di atas seakan-akan memerli wanita yg menjaga~
whats!
bukan.bukan.bukan.
bukan hendak merendahkan wanita yg menjaga batas pergaulan~
cuma,
kalau wanita yg tidak menjaga~
sudah pasti chat or bersemuka sama sahaja.
tiada perbezaan~

fitrah kan perempuan nak disayangi.
cuma,
caranya sahaja berbeza bagi setiap wanita.

siapa tak pernah mesej or chat dengan laki?
cepat2 angkat tangan.
yg mesej atas urusan penting dipinta utk angkat tgn juga.
kenapa sikit sangat yg angkat tangan?
mood: upset :(

kalau nak disalahkan hp pun ada juga,
tetapi hp juga banyak jasa kpd kita~
kalau nak salahkan internet pun ada juga.
tetapi internet jugalah bantu isi borang upu dan matrik.
habis nak salahkan pihak mana?
itu, salahkan nafsu yg berada dalam diri!

mujahadah itu pahit,
kerana syurga itu manis~

even diri sendiri tahu~
syurga itu memang indah.
dan even diri sendiri tahu~
kalau bersusah di dunia, dengan izin-Nya baiklah di akhirat.
hati tetap susah nak buat baik kan ):
sebab,
buat kebaikan ini memang payah sebenarnya.
ditambah dengan bebanan hasutan syaitan durjana 
yg nak ajak kita bersama mereka
di akhirat kelak.

( hak milik senyom design studio )

jom perangi syaitan dan nafsu habis-habisan!
jgn bagi peluang utk mereka ketawakan kita.
dan pastikan ketawa mereka sebelum ini digantikan dgn tangisan pula~
faham?
maksud saya,
jom cuba berubah ke arah kebaikan semula~
Allah itu menerima taubat hamba-Nya.
Maha Penyayangkan Allah?

untuk reader lelaki,
janganlah kacau hati kaum hawa yg lemah.
ketahuilah mereka lemah dengan kata-kata manismu.
kalau anda sayang kaum hawa dan memerlukan mereka kelak,
izinkan mereka berada dalam perlindungan Allah.

syukran~

.:: I am a simple human strive for success and also strive for ISLAM ::.

Sunday 5 February 2012

Salam Maulidur Rasul

In the name of Allah 
the most Gracious
and the most Merciful~

Ejaan mana yg betul?
Maulidur Rasul @ Maulidul Rasul?
mengikut kefahaman Bahasa Al-Quran Teragung ( BAT ) yg saya pelajari~
wa.la.da. menjadi walid bermaksud kelahiran
maulid + rasul = maulidur rasul~
baik2, saya bukan gred A dalam bahasa arab nie :)
kalau salah tolong betulkan.











ucapan-ucapan ini saya ambil secara random~
di wall post facebook.
Rasulullah sentiasa diingati walau di mana umat Islam berada.
cuma,
adakah kita mendengar nasihat-nasihat Rasulullah SAW 
sebagai tanda kasihnya kita kepada baginda?

blank sangat waktu nak buat entry ini~
saya nak share sejarah Rasulullah SAW
tetapi saya sendiri ingat tak ingat~
jadi,
membuatkan saya termenung :(
layakkah saya dikatakan mengasihi Rasulullah setelah Allah?

saya cukup tersentuh dengan ayat familiar
pelajar Bumi Wakafan untuk membuka mukaddimah ucapan~
jom baca~


kekasih ALLAH ini~
terlalu besar pengorbanan baginda kepada umat.


jejari runcing ini sudah kekakuan~
sukarnya utk meraih kasih Illahi~
tetapi saya tahu tiada yg mustahil.

( hak milik senyom design studio )

notakaki:
jom cuba amalkan Islam sepenuhnya!
bersusah di dunia dulu, asalkan bersenang di akhirat kelak!

syukran~

.:: I am a simple human strive for success and also strive for ISLAM ::.

Friday 3 February 2012

Sharing: Kenapa Baca Yaasin bukan al-Kahfi?

In the name of Allah
the most Gracious
and the most Merciful~

seringkali saya dengar~
malam Jumaat digalakkan baca surah al-Kahfi.
okay, memang itu runtinnya~
termasuklah saya :)

however,
saya mula wondering,
kenapa asrama seri merchu~
tak baca yaasin malam jumaat
tetapi baca yaasin malam isnin~
rasa cam dipermainkan saje :(

baru saya dapat jawapannya
di Bumi Wakafan yg bernuh berkat ini~
ust bahasa arab saya cakap
bacaan yaasin itu adat org melayu~
sedangkan surah yg digalakkan baca hari jumaat ialah~
surah AL-KAHFI.

Rasulullah SAW bersabda yg bermaksud 
" Barang siapa yg membaca surah al-Kahfi ( pada hari Jumaat ) 
beliau akan memperoleh cahaya daripada tempatnya hingga ke Makkah."
( Riwayat al-Thabrani )

Daripada Abu Said al-Khudri,
Rasulullah SAW bersabda yg bermaksud:
"Sesiapa yg membaca surah al-Kahfi pd hari Jumaat
nescaya akan diterangkannya dgn satu cahaya di antara dua Jumaat."
( Riwayat al-Nasa'i, al-Baihaqi dan al-Hakim )

Daripada Ibn Umar,
Rasulullah SAW bersabda yg bermaksud:
"Sesiapa yg membaca Surah al-Kahfi pd hari Jumaat
nescaya akan dipancarkannya cahaya dr bawah kakinya hingga ke awan di langit
yg memancarkan cahaya terang kepadanya pd Hari Kiamat
dan diampunkan dosanya di antara dua kali Jumaat."
( Riwayat Abu Bakr bin Mardawaih )

PH 2010/2011 selalu pesan dekat kami selepas solat subuh hari Jumaat~
'warga aspuri diingatkan utk membaca surah al-Kahfi'
mula2 saya tercengang~
kenapa?
maka dan jadinya, saya tak baca~

walaubagaimanapun,
mungkin Allah nak sampaikan jawapan persoalan itu melalui pembacaan novel.
buat pertama kalinya,
saya menghabiskan pembacaan novel seumur hidup ini~
novel DENYUT KASIH MEDIK~
karya DR FARHAN HADI.
seriously, banyak dapat info agama di sini :)
inspired a lot~
dan sesuai utk bakal doktor juga.
so, jgn lupa utk dapatkan novel ini~

surah al-Kahfi ini agak panjang~
tetapi mahu seribu cara kan?
masa kita ada 24 jam sehari~
baca surah al-Kahfi dalam setengah jam okay kan~
masih ada 23 jam 30 minit :)

penulis entry ini sebenarnya masih berjinak-jinak membaca surah al-Kahfi.
masih mencari langkah bermujahadah di jalan Allah.

syukran~

.:: I am a simple human strive for success and also strive for ISLAM ::.

Monday 30 January 2012

pinjaman termahal dalam hidup~

In the name of Allah
the most Gracious
and the most Merciful~

seorang ibu boleh menjaga sepuluh org anak
tetapi tidak semestinya
sepuluh org anak boleh menjaga seorang ibu~
kebiasaan dengarnya?

nah cupcake, achik. kawan umi buat. umi simpan utk achik sebab tak habis2 mengidam cupcake. -umi

wah, cupcake. kenapa umi tak makan jah dekat sekolah. -achik

dah umi teringat dekat awak yg nak sangat buat cupcake. -umi

perbualan di atas ini kisah benar~
kejadian pada waktu malam bertarikh 30 Jan 2012

saya selalu dengar~
anak2 zaman sekarang selalu lupakan jasa ibu bapa.
lebih memilih kawan dan internet.
sedangkan ibu bapa dari dulu susah payah tanggung kita~
even ibu bapa kita miskin,
kene selalu ingat~
mereka jadi miskin juga mungkin disebabkan kita
sebab, kos jaga kita dari kecil~
jika dilaburkan di bank bukan dilaburkan utk kita~
berkemungkinan besar boleh membuatkan mereka
berpeluang memiliki rumah idaman mereka :)
percaya atau tidak?

kenapa mesti memberontak
apabila ditegur ibu ayah?
selalu sangat kita terasa ibu ayah tak sayang kita!
sedangkan kita tak sedar~
kalau mereka tak sayang kita,
dah lama mereka picit hidung kita lama2 waktu baby!

Allah suruh kita mencintai Rasulullah selepas-Nya
bukan bermaksud kita perlu mengenepikan ibu bapa
dengan alasan hendak beribadat~
tetapi Allah suruh kita taat dan patuh pada ibu bapa.

( hak milik senyom design studio )
kita selalu cakap kita sayang ibu ayah
tapi~
kita selalu berat tulang nak tolong mereka.
tak cukup dengan itu~
sempat lagi membebel
' nanti org buat lah, tengah tengok tv ni '
belum cukup dengan itu~
selalu sngt kita bergayut dengan couple kita.
sedangkan~
nanti kita kawin,
makin kurang masa dengan ibu ayah ):

dengan ini saya merendah hati~
menyeru kepada reader sekalian
jom kita hargai keluarga kita!
pinjaman Allah ini hanya sementara,
jadi hargailah~
suatu hari nanti kita kene pulangkan kembali kepada Allah.

barang yg dipinjam mesti dipulangkan.
jangan marahkan Pemilik ibu ayah kita bila Dia hendak ambil kepunyaan-Nya.
doa-doalah, moga2 barang yg kita pinjam itu,
sentiasa berada dalam keadaan baik di tangan-Nya.

syukran~

.:: I am a simple human strive for success and also strive for ISLAM ::.

sharing: masalah couple selepas SPM

In the name of Allah
the most Gracious
and the most Merciful~

couple.couple.couple.
hot topik yg dibincangkan oleh lepasan SPM
especially yg tengah tanam anggur skg~
yeah, kebosanan memerlukan teman utk kongsi cerita :)


kali ini saya hendak berkongsi pendapat
tentang masalah ini~
memandangkan sahabat saya mengadu~


ini komentar yang saya dapat~











reader,
pada pandangan saya pula~
couple lepas SPM nie~
hanya buang masa dan buang kredit.
kebiasaannya, yg couple lepas SPM nie cakap~
tak ganggu pelajaran.
hello~
taknak sambung belajar kah cik akak dan encik abang :)

couple itu bukan mudah
nanti dah ada 1001 kenangan~
lagi susah nak lupakan.
kan akan disturb study anda semua di alam U nanti~
so, apa gunanya cemerlang SPM sahaja?

urusan kawin bukanlah semudah yang disangka~
dan bukan juga seindah yg dirancang.
tetapi~
Allah tahu yg terbaik buat kita.
jadi, bersyukurlah dengan apa yg kita ada sekarang.


kesimpulannya~
andai kita sukakan seseorang,
berdoalah kepada yang Maha Esa.
andai perasaan itu berlandaskan nafsu semata-mata~
mohonlah dijauhi daripada kita.

buat sesutu tindakan~
haruslah menggunakan akal yg dikurniakan ALLAH
bukanlah menggunakan nafsu yg dikuasai syaitan~

INFO TAMBAHAN!
komentar yg inspired a lot~
bila ada yg tanya anda suka couple~
jawab saja sbegini rupa :)



notakaki:
anda boleh baca cerpen persahabatan kerana Allah ini 
utk menambahkan lagi keyakinan anda utk single :)

syukran~

.:: I am a simple human strive for success and also strive for ISLAM ::.