Tuesday 13 March 2012

Langkah Kanan: Ole-Ole dari Negeri di Bawah Bayu

In the name of Allah
the most Gracious
and the most Merciful~

alhamdulillah~
sekali lagi berjaya menambat hati penganjur
dengan izin-Nya (.")

kali ini punya contest no need entry,
just drop a comment here.
dan semestinya saya jenis suka buat kerja last minutes~
dan saya jugalah peserta terakhir bagi contest ini.
kerja last minutes itu banyak keburukannya,
tetapi tetap ada kebaikan (:
apa kebaikannya?
kita akan belajar utk tetap selesaikan tugas!
eheh~

so,
komen saya yang tak seberapa gempak~
mengizinkan saya menerima rezeki daripada-Nya,
keronsang dari negeri di bawah bayu.
alhamdulillah.


notakaki:
hadiah yang ketujuh daripada blogger malaysia (.")

syukran~

.:: I am a simple human strive for success and also strive for ISLAM ::.

Monday 12 March 2012

Kontest- Dia DiHatiku, Dia Idamanku

In the name of Allah
the most Gracious
and the most Merciful~

( klik sini untuk join )

kuat pegangan agama
se-anti mana pun aku pada lelaki yang baik
ala-ala BADAN DAKWAH DAN KEROHANIAN (BADAR)
jujur sahaja aku adalah manusia paling bahagia
kalau memiliki mereka sebagai zauji.

macam mana tak gembira
kalau kita kekasih pertama dia di dunia.
wink.wink.wink.

itu sebenarnya bonus sampingan sahaja
bonus utama ialah kita dapat selingkuh (:
selingkuh mencintai-Nya melebihi mencintainya!
inilah selingkuh yang paling konfem BAHAGIA!
best kan dapat green light dari si dia untuk selalu date dengan DIA?

mempunyai harta
bukan sebab terlalu harapkan duit zauji
tetapi cuba bayangkan kalau zauji tak ada duit, selalu minta duit kita~
stress jugak kot! siapa tanggung siapa?
kan tugas suami sediakan nafkah keluarga.

kalau dapat yang kaya~
alhamdulillah, boleh galakkan zauji bersedekah.
kalau Allah redho, dengan izin-Nya semua urusan dunia akhirat lancar.
kalau dapat yang sederhana~
cukuplah sekadar menampung keluarga.
yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing.

mempunyai rupa paras
cantik itu abstrak!
aku tak pandai nilai tahap kacak seperti orang lain.
jadi~
cukuplah bagi aku tenang lihat wajah seseorang.
ketenangan itu ialah kekacakan di mata aku!

aku taknak lah syok sendiri pandang zauji kacak!
so, aku sangat harap zauji aku kelak
memiliki raut wajah yang memberi ketenangan kepada orang sekeliling aku
especially,
saudara se-Islam aku (.")

mempunyai akhlak yang mulia
cukuplah kalau ada zauji yang berpegang teguh pada ajaran Islam
Islam itu indah, dan indahlah juga yang mengamalkannya.

romantik.penyayang.memahami.mengambil berat.bertolak ansur.penyabar.dll
itu ialah peribadi yang diajar dalam Islam
indahnya akhlak seseorang kalau memahami ISLAM dengan baiknya (:

okay (!)
ringkas sahaja~
tetapi aku tahu memang susah nak jumpa kan (?)
thats why aku dah siap cakap dekat parents.

"jodoh kak lin nanti biar umi abah tentukan sajalah, boleh?"

bukan aku taknak cari~
tapi,
aku suka orang yang menghormati prinsip agama.
tidak perlu mengorat ambil hati aku dulu~
why not terus gunakan keluarga aku sebagai orang tengah?

"sesungguhnya lelaki yang awesome ialah lelaki yang tidak memberi pengharapan kepada wanita"


notakaki:
tagging you, you and you (!)

syukran~

.:: I am a simple human strive for success and also strive for ISLAM ::.

Sunday 11 March 2012

SPM: Persiapan Sebelum 22 Mac

In the name of Allah
the most Gracious
and the most Merciful~

buat pertama kalinya,
jejari runcing ini sibuk menaip perkataan
B.I.A.S.I.S.W.A
di laman sesawang dengan bantuan mr google~

apa yang anda fikir sekarang?
yeah, kerja bertangguh membawa padah.
agak banyak permohonan biasiswa yang terlepas.
banyak? biasiswa apa? mana ada?
eheh, ada sebenarnya~
biasiswa yang tak diuar-uarkan pada umum.
tak adalah banyak~ satu dua tiga jewp.
tapi, tak apalah~
Allah tahu yang terbaik.

di saat-saat yang mendebarkan ini~
dah kene buat preparation utk temuduga kan?
baru lah rajin sikit~
nak jenguk group Ex- KISAS 2010 ~ 2011 Batch 56 No.1 Malaysia!
geledah punya geledah~
ada juga yang setia memberi info tentang persediaan temuduga.


siapkan?
jujur saja~
memang tak buat lansung!
so,
hari ni kene start buat lah~
memandangkan surat tawaran biasanya sampai waktu tarikh dekat2 nak temuduga.
leceh kan?
macam surat temuduga di Uni Putra Malaysia yang sampai semalam.
dan tarikh temuduganya semalam dan hari ini sahaja.
hello, UPM tu selangor~
barang yang dia minta pun tak siapkan lagi!
nasib baiklah~
tajaan PTPTN.
senang sikit nak tolak tanpa berfikir panjang (.")


kawan-kawan yang lain~
dah lama sibuk dengan persediaan nak masuk universiti terkemuka.
tapi saya?
baru nak rasa aura tu~
eh, tak tak~
tak rasa pun nak pergi universiti luar negara,
apatah lagi universiti terkemuka.
kenapa? tak rasa layak?
bukan.bukan.
hati tertinggal di Malaysia (.")
rasa nak duduk di bersama keluarga di saat-saat akhir hidup ni.

habis kenapa google biasiswa?
sebab~
tak nak kecewakan umi abah lah.
ibu bapa mana tak nak anak belajar tinggi-tinggi kan?
lagipun~
hidup ini penuh rahsiakan?
kalau Allah tetapkan aku berada di oversea setahun akan datang~
pasti ada hikmahnya!

jadi saya nak share dengan anda semua
yang memang otak kosong tentang perancangan akan datang.

nak tahu perkembangan biasiswa terkini?
nak tahu cara buat resume?
nak tengok contoh resume?
nak tahu lebih lanjut tentang biasiswa yang secret-meret sikit?
nak apply ke tingkatan enam KISAS SBT?

inilah laman sesawang yang sempat saya terjah buat masa ini~
yeah, sikit kan?
dush,, kene tingkatkan kesungguhan!

bertarikhkan 11 mac 2012,
baru hati memaksa jejari runcing taip http://upu.mohe.gov.my.
untuk apa?
yeah, isi borang UPU sesi kedua~
ingat nak isi nanti keluar result,
tapi kawan2 galakkan isi awal2 (.")
nanti keluar result just buat pembetulan~

pening dalam membuat keputusan.
dan ini sahaja yang keputusan yang dibuat
dalam masa kurang satu jam~


okay reader,
saya nak minta pendapat senior2 sekalian~
adakah ini keputusan yang tebaik?

saya minat subject Physics~
tapi saya taknak ambil risiko menganggur kalau ambil bahagian kejuruteraan.
memandangkan bidang ini kebiasaannya diaulakan kaum adam.
saya minat math dan addmath~
jadi terlintas juga utk jadi seorang guru sahaja.
parents saya nak tengok saya jadi doktor~
jadi pilihan saya banyak kepada Sains Hayat kan?
nak cakap minat biology memang tak lah kan~
tapi, belum cuba belum tahu (.")

mungkin anda ada saranan yang terbaik buat saya?
anda ada idea universiti yang sesuai utk saya?
andalah yang saya cari (.")
please, give me some ideas.

notakaki:
Ya Allah, permudahkanlah urusan hidup kami.
kuatkanlah pergantungan kami kepada-Mu selalu.

syukran~

.:: I am a simple human strive for success and also strive for ISLAM ::.