Monday 21 May 2012

Kisah Kakak Baik ( ! )

In the name of Allah
the most Gracious
and the most Merciful~

pada suatu hari~
kakak baik menerima sekeping surat yang sudah dijangka-jangka.
kakak baik hanya menyepi bila adik kepada kakak baik ini cakap,
"banyak lah surat untuk kak lin."
kakak baik tidak suka mengulas panjang lebar!
kerana satu masa nanti adik kepada kakak baik ini akan merasainya, iA.


kakak baik ini tidak mengerti
kenapa ada yang berkata
menerima surat tawaran secara pos lagi excited daripada melihat surat tawaran di laman sesawang.
kakak baik ini cuba ambil feel keterujaan itu.
namun, gagal >.<
mungkin kerana kakak baik ini sudah terasa leceh nak belajar jauh-jauh lagi.
even dalam Malaysia sekalipun :o
patutlah Allah hanya tempatkan kakak baik ini di negeri sembilan bukan sarawak >.<

pada keesokan harinya,
kakak baik terpaksa berkemas juga
memandangkan kakak baik ini terpaksa mengikut bonda cantik bekhidmat di pedalaman sehari dua.
ayahanda kacak terpaksa berpisah seketika kerana mempunyai latihan pusat syarahan peringkat negeri.
jadi kakak baik perlu tinggal barang-barang yang siap di-packing kepada ayahanda kacak.


kakak baik ini buntu bagaimana cara ingin kurangkan barang.
kakak baik ini cuma berfikir~
kurang rajin nak angkat barang banyak-banyak
pada masa yang sama taknak susahkan ayahanda kacak dan bonda cantik.


kakak baik ini terlalu sayangkan bintang biru
sepertimana kakak baik ini sayangkan orang-orang yang murah dengan senyuman.
bukan apa,
kakak baik ini memang biasa menangis bila struggle belajar.
sekurang-kurangnya,
apabila tengok bintang biru senyum teringat kepada insan-insan sumber kekuatan.


kakak baik sekarang sudah ada dua cermin mata.
kakak baik ini bagaikan tidak percaya
akhirnya,
dia sudah berjaya memiliki sesuatu menggunakan wang hasil titik peluhnya belajar sendiri.
kakak baik ini semakin mengerti dengan nasihat bonda cantik suatu ketika dulu,
kalau hendak hidup senang, kena bersusah payah dulu.


kakak baik ini yakin~
perancangan Allah adalah yang terbaik
walaupun pada realitinya,
kakak baik ini tidak pernah terlintas untuk ke arah dentistry.
pada masa yang sama,
kakak baik belajar sesuatu~

"orang suka, kita tak suka. tapi Allah bagi dekat kita bukan dekat orang. Allah tahu itu yang terbaik!"

kakak baik terkaku seketika
apabila dapat tahu,
sepatutnya ayahanda kacak perlu menghadirkan diri sebagai jurulatih syarahan agama sehingga hari khamis.
tetapi, ayahanda kacak nak minta balik awal~
memandangkan ayahanda kacak nak sangat hantar kakak baik ke menara gading (!)
ayahanda kacak sanggup gunakan dua hari yang ada sepenuhnya untuk syarahan~
asalkan dapat hantar kakak baik ke universiti.

semoga perjalanan hidup kakak baik dalam redha-Nya.
dan,
semoga ayahanda kacak dan bonda cantik sentiasa sejahtera 
menerima berita anakanda Cahaya Kesejateraan <3

notakaki:
Ya Allah, Kau permudahkanlah urusan pembelajaran anak-anak Wan Ismail Wan Ahmad dan Norsiah Ismail. izinkanlah bagi mereka hidup dalam sebuah keluarga yang penuh keredhaan.

syukran~

.:: I am a simple human strive for success and also strive for ISLAM ::.

3 comments:

Aqilah Ahmad said...

eceh..tak leh bla gamab yg ade limited edition tu.hehe.

semoga berjaya di usim!!

lin~ said...

heww,,
limited edition taw DR SALIMI. hehe (:

syukran jazilan ukhti <3

Kamil Kahar said...

hehe...gudluck kt usim tu nnti ye...

neway pemenang contest aku sebuah blog da diumumkan...
http://kamilkata.blogspot.com/2012/05/pemenang-contest-aku-sebuah-blog.html