Thursday 8 March 2012

Sharing: al-mulk setiap malam

In the name of Allah
the most Gracious
and the most Merciful~

dear reader,
do you know what I want to talk about?

al-mulk?
sebenarnya istilah ini familiar bagi student2 sekolah agama~
yeah, we need to read surah al-mulk before sleep.
ada yang cakap sebagai pendinding diri.
mungkinkah?

yang saya tahu dan saya yakin~
al-mulk ini dapat mengelakkan daripada seksa kubur (.")
untuk elak sahaja,
kalau buat dosa mana nak elak kan?
sumber daripada mana?
daripada hadis sohih~
malam nie tak dapat nak taip hadis tu~
memandangkan penat sangat sekarang.
nak minta tolong mr google pun tak berdaya.
ada sesiapa nak carikan hadis itu?

waktu duduk bumi wakafan~
malas sangat nak baca al-mulk.
kalau boleh nak skip sehabis-habisnya lah,
entah kenapa~ mungkin kerana penat.
tetapi~
bila duduk rumah baru sedar~
al-mulk itu penting.

baca al-mulk dekat rumah mudah sahaja~
tak complicated macam asrama.
kenapa?
mari sini saya cerita step al-mulk di asrama.

step one:
semua ahli dorm kene buat bulatan tengah2 dorm. kedudukan kami adalah bersimpuh. whats? gadis melayu terakhir betul. yeah, mula2 rasa kekok lama2 biasa (: oh, lutut kene bertemu lutut! etika pemakaian mestilah bertudung dan kene pakai kain. kalau pakai seluar kene cover dengan sesuatu seperti towel atau selimut. sopan sikit kan?

step two:
seorang leader akan kata "kita buka majlis dengan umul kitab al-fatihah"~ nak cakap malas untuk jadi leader tu memang malas. kenapa? sebab macam2 kene buat! tapi, setiap orang kene jadi leader sebab ada turn (.")

step three:
kami kene baca kuat2~ surah al-fatihah + ayat kursi + selawat 11 kali + baca al-mulk + surah al-Hasyr ayat belakang2 + tiga kul  + bismillahillazi...  
selesai baca ramai2, leader kene baca doa. best duduk dorm saya. baca doa pendek sahaja, mengerti kami penat (: 

step four:
tazkirah punya sesi. siapa yang bagi tazkirah? leader lah~  dan leader akan tanya "ada sebarang penambahan?" okay, budak2 dorm saya memang akan geleng ramai2 dan buat mata mengantuk. kalau ada penambahan, time2 cuti hujung minggu saja (.")

step five:
tutup majlis dengan tasbih kafarah dan surah al-asr. mulalah salam bermaaf-maafan. kadang2 saya skip lari ke katil. mungkin kerana ada termakan hati dengan mana2 ahli dorm. wakaka~

semua tu jadi kenangan~
sekarang al-mulk sorang2.
mudah saja caranya~

step one:
ambil selendang lilit kepala. kadang2 belasah selimut sahaja. duduk pun dekat atas katil. alahai~ memang tak ada kain2 nie. memang kesopanan kurang!

step two:
baca al-fatihah dan al-mulk

step three:
selesai~

saya cuma nak ajak anda ramai2 baca al-mulk~
sekurang-kurangnya tak adalah 
tinggalkan baca ayat suci al-Quran kan?
and you know what,
selagi kita berpegang pada al-Quran~
dengan izin-Nya jauh daripada bisikan syaitan.

baca al-mulk ni tak lama pun.
masa untuk blogging dan main fb lagi lama.
so, take five with al-Quran!


notakaki:
berubah jadi baik itu mudah.
tetapi untuk kekalkan kebaikan itu susah,
selamat beristiqamah!

syukran~

.:: I am a simple human strive for success and also strive for ISLAM ::.

No comments: