Friday 2 March 2012

Target Sijil Paling Mudah

In the name of Allah
the most Gracious
and the most Merciful~

lagi 20 hari akan bergerak ke klang~
untuk ambil slip peperiksaan
SIJIL PALING MUDAH!

cuak tak cuak,
kene tempuh juga~
melainkan Allah berkehendak sesuatu yang lain.

memandangkan lima hari deactive facebook~
agak ketinggalan serba sedikit info terbaru.
tapi, best jugak~
tak ada cuak dari dulu (.")


mempersembahkan~
standard pemarkahan SPM tahun 2011 (.")
tak nampak?
besarkan~
tapi, istighfar dulu.
bimbang mata anda terbeliak besar pulak.

tinggi kan graf pemarkahan ini?
dalam hati bertanya,
"budak kelahiran 94 memang pandai2 kah?"
ada pula kata yang terlintas~
"mungkin juga sebab soalan banyak bocor."

saya cakap sama awak,
saya takut tengok graf itu~
susah nak dapat A+!
rezeki masing2 lah kan yang dapat soalan bocor
dan jawab dengan perfect!
Alhamdulillah~

BM A+ 90 dan A- 70?
boleh nak dapatkan A tapi mungkin bukan A+.

BI A+ 83 dan A- 68?
jawapan yang sama seperti BM.

MATH A+ 86 dan A- 65?
ikut kata hati ada peluang dapat A+
tapi tak berani jamin~
kerana ada sesuatu yang berlaku pada kertas math yang menjadi isu di sekolah.

ADDMATH A+ 78 dan A- 52?
nak dapat A+ tak mustahil~
tapi, mungkin ada kelalaian pengiraan
memandangkan masa menjawab memang cukup2.
tak sempat double-cek.

BIO A+ 87 dan A- 63?
subject killer!
tapi~
nak dapatkan 63 untuk A- tak mustahil kan?

KIMIA A+ 88 dan A- 69?
ini memang graf yang tinggi!
mampukah?
enam puluh sembilan?
dengan izin-Nya.

FIZIK A+ 87 dan A- 65?
nak capai 87 macam mustahil.
tapi,
nak daapatkan 65 tidak mustahil~

SEJARAH A+ 91 dan A- 78?
agak-agaklah graf ni~
macam terlalu tinggi!
tak apalah,
rezeki kepada yang baca soalan spot internet kan?

baru lapan subject~
lagi tiga subject tak tahu apa khabar.
PSI, PQS dan BAT?
jujur sahaja~
dalam banyak2 subject,
saya memang lemah bahagian subject2 agama.
kenapa agaknya?
sebab Allah nak suruh saya berterusan belajar agama (.")

doakan kejayaan kami,
umat Islam penyambung rantai tarbiyah Islamiah (.")


notakaki:
saya tak suka sistem peperiksaan.
kerana sistem ini membuatkan segelintir manusia leka belajar sahaja.

syukran~

.:: I am a simple human strive for success and also strive for ISLAM ::.

No comments: