Tuesday 24 April 2012

Bcoz I Love My Family Too Much

In the name of Allah
the most Gracious
and the most Merciful~

.:: air dicincang tidak akan putus ::.
walaupun Allah masih tidak menyatukan kami sekeluarga sekarang,
alhamdulillah~
masih Allah pertemukan dalam doa masing-masing (!)

kenapa kau tak belajar kereta lin (?)
kenapa kau tak kerja (?)
kenapa kau tak pergi jalan-jalan (?)
kenapa kau tak suka shopping (?)
berapa banyak kenapa orang tanya aku.
meh sini aku jawab~
sebab aku sayang keluarga aku (!)

baik untuk agama, baik untuk keluarga, baiklah untuk aku :'(

hidup aku tiada istilah dikongkong oleh keluarga~
tapi,
istilah mendidik yang banyak aku pelajari (!)

aku nak jadi macam umi~
kejar impian sendiri-sendiri (!)
aku nak jadi macam abah~
yang berdiri di atas kakinya sendiri (!)
biar hidup waktu remaja susah~
asalkan di masa hadapan aku belajar erti bersyukur >.<


alhamdulillah~
walaupun hidup aku seringkali mengikut telunjuk umi abah~
semuanya dipermudahkan-Nya.
aku yakin bahawa~
umi abah tahu yang terbaik buat aku (!)

sepanjang empat bulan ini memang aku tak kerja~
sedih memang sedih :'(
orang lain simpan duit untuk bersakan waktu masuk universiti.
tapi, aku duit simpanan pun tak ada.
nak guna duit abah umi tak sanggup~
sebab aku bukan anak tunggal tapi berkongsi dengan enam insan tercinta lain lagi (!)

okay, fine >.<
belajar erti redho.

berbekalkan naluri seorang ibu yang memahami anaknya bagaimana~
habis SPM terus umi belikan laptop untuk aku.
menggunakan kebolehan yang Allah hadiahkan sebagai seorang yang suka berpenulisan,
aku banyak masuk dalam contest2 di blog.
siapa taknak benda free kan (?)
alhamdulillah~ murah rezeki apabila sering langkah kanan.
sampaikan umi dah penat tandatangan kiriman pos laju (!)
aku berhenti join contest dan giveaway
sebab kesian dekat umi >,<
kenapa kau tak keluar sendiri jumpa posmen (?)
( sebab aku tak matang =.= )


aku gembira dapat berkongsi hadiah dengan family di rumah >.<
walaupun aku tak dapat pergi jalan-jalan dan aku tak ada duit nak beli hadiah untuk umi abah,
cara join contest ini boleh memberi peluang
untuk aku hadiahkan sesuatu kepada mereka.
biarlah aku tak sampai sabah, asalkan hadiah dari sabah aku dah berikan kepada umi >,<
alhamdulillah~

setelah result SPM diumumkan~
rasa macam gagal untuk hadiahkan umi dan abah hadiah terbesar (!)
dan aku sedih sebab tak dapat naik pentas untuk MAK :'(

siapa sangka buat kali pertamanya MAK KISAS memberi hadiah kepada pelajar 10A.
aku terasa bagaikan Allah mendengar suara hati aku.
Allah hadiahkan aku dua anugerah untuk MAK.
terkesima aku waktu buka surat ini.
mengalir air mata aku :'(


kejayaan SPM membolehkan aku menerima anugerah daripada YIK.
hanya pada Allah aku kembalikan kesyukuran.


sekarang,
aku tidak perlu terlalu susah hati
kerana~
sedikit sebanyak telah kurangkan bebanan umi abah dan keluarga.


aku sedar ada satu impian yang aku mohon dipermudahkan~
andai Allah tak izinkan,
PASTI ada hikmahnya (!)

thank Allah for what you have,
for what you need believe Allah.

syukran~

.:: I am a simple human strive for success and also strive for ISLAM ::.

No comments: