Saturday 7 April 2012

Sentap (!) Budak Baik Dikebas Orang

In the name of Allah
the most Gracious
and the most Merciful~

tidur dalam tangisan semalam~
bermuhasabah diri sambil dngr
lagu "Para Pencari Tuhan" by Ungu (.")
lagu ini best tahu (!)

berbalik kpd tajuk entry.
manusia yg daif ini memang suka menilai orang baik atau tak (!)
orang kata kalau nak berkawan~
cari kawan yang baik2.
jadi,
aku carilah yang baik di mata aku.
yang sedap mata memandang.
tapi sebenarnya aku sendiri tak faham apa itu baik, tahu (!)

baik itu ialah manusia yg melakukan amar makruf nahi mungkar. sukar baginya melakukan perkara yang dilarang ALLAH SWT.

"Sebuah hati yang baik dan tulus itu bukanlah terletak pada jubahnya mahupun kopiahnya, ataupun pada berapa banyak program agama yang telah dikendalikannya. Sebuah hati yang benar-benar taat kepada Allah, maka akan terserlahlah ketaatannya itu pada perbuatannya, serta pada akhlaknya."

aku lah manusia paling sentap baca bait ini~
seakan-akan Allah sengaja memerli aku.
memerli untuk menyedarkan kesilapan aku.
dan mungkin juga kesilapan anda (!)

"Sebenarnya Islam kita hari ini sudah terlalu banyak dicemari dengan perkara-perkara yang bukanlah bermula dari Islam itu sendiri. Bahkan yang lebih menyedihkan, tangan-tangan kita sendirilah yang mencemarinya. Tangan-tangan yang kononnya begitu banyak mengira butir-butir tasbih, tangan-tangan yang selalu mengelek al-Quran ke sana ke mari, dan tangan-tangan yang selalu memberi peringatan kepada manusia-manusia yang lain."

manusia yang menasihati terlalu besar tanggungjawabnya.
kerana~
manusia yang dinasihati memang akan melihat perkembangan orang yg menasihatinya (!)
lumrah kan (?)

jujur sahaja~
baru aku sedar
memang sengaja Allah jadikan aku nakal di sekolah dulu.
kalau hayati lagu Para Pencari Tuhan
memang sesuai lah untuk orang macam aku.
"aish, memang memanjang kau ni lin (!)"

aku memang suka sangat baca blog orang~
cerpen2 orang~
nasihat2 orang~
yelah, aku kan suka membaca (!)
tak sebenarnya.
aku lah manusia paling malas membaca kecuali buku sekolah (!)
tapi~
aku baru sedar yang aku kurang pendedahan ilmu agama.
bak kata orang dahaga ilmu agama.

nasihat2 di blog dan segala bagai tu memang best,
cuma part2 komen2 yang tak best (!)
betul, sangat tak best (!)
terus kabur mata aku melihat point nasihat asalnya.

wahai pencinta ilmu,
kenapa perlu berbalas syukran afwan dengan individu pengomen (?)
tidak cukup dengan syukran ditambah pula dengan simbol senyuman.
sedarkah anda itu mencacatkan dakwah anda 
terutamanya jika berlainan jantina (?)
kenapa tidak anda biarkan sahaja komen masuk banyak2 dahulu
dan cakap terima kasih kepada SEMUA PEMBACA (!)

wahai pencinta ilmu,
gunakanlah di bahagian komen itu ruang utk pertukaran ilmu.
bukan ruangan memberi pujian mahupun menerima.
kerana apa (?)
kerana insan yang baru mencari ilmu seperti saya~
terasa sweetnya :p
dan insan yang membaca ini~
akan mengikut jejak langkah anda dan cara anda melayan pembaca (!)
bukankah ini sudah dikatakan anda sendiri merosakkan dakwah anda (?)


budak baik seperti ini sudah dikebas orang (!)

siapa kata orang yang senyap itu sombong (?)
siapa kata orang yang tak menasihati kita itu pentingkan diri (?)
siapa kata orang yang jarang senyum itu pemarah (?)

kesimpulannya,
nilailah seseorang dengan melihat akhlaknya.
akhlaknya kerana Allah
bukan kerana manusia (!)

sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah

notakaki:
nasihat-nasihat itu teguran daripada Allah
didatangkan melalui manusia.
Maka nilailah hati dengan penuh keimanan
bukan kesesatan.

syukran~

.:: I am a simple human strive for success and also strive for ISLAM ::.

No comments: